Selasa, 6 Disember 2011

GUNA & PAKAI

Dua perkataan. Sama tapi tak serupa.

Guna untuk barang. Pakai untuk aksesori. Mungkin begitu. Tapi dua dua boleh diguna pakai melibatkan orang.


Barang diguna untuk mendapatkan faedah daripada objek tersebut. Guna sabun untuk bersihkan badan. Guna jalan untuk kembara. Semuanya diguna hanya bila perlukan faedah. Bila tak kita abaikan. Ada orang boleh gunakan orang lain. Dia gunakan kawan untuk dapatkan duit. Dia gunakan orang untuk lepaskan nafsu. Biasanya si pengguna ni orang yang manipulatif. Dia akan gunakan mana mana individu sekeliling untuk faedah diri dia sendiri. Yang penting dia dapat apa dia nak.

Pakai. Kita pakai baju. Kita pakai jam. Untuk mengaksesorikan diri kita. Menambahnilai diri. Bila pakai benda cantik, kita pun cantik. Pakai yang buruk, buruklah kita. Ada orang yang pakai orang. Si pemakai berkawan dengan orang-orang cantik, elok rupa, maka secara tak langsung pada dia harga diri dan status sosial dia pun melambung tinggi. Dia pilih sekutu sekutu supaya yang terbaik sahaja yang menjadi aksesori diri.

Aku pernah diguna dan dipakai. Dua dua buat kau rasa macam cibai.


PENAFIAN: CONTOH GUNA & PAKAI TAK SEMESTINYA BERKAITAN DENGAN AKU.

Tiada ulasan: