Bulan lepas aku deactivate FB. Kenapa ? Tengok sini.
Masa tuh azam tengah kuat. memang nekad tak mau ada akaun FB dah masa tuh. Ala ala pakai lencana kat atas ni. HAHA.
Sekarang aku dah buat akaun baru. Nama baru. Kawan-kawan lama dan baru. Kenapa ?
Beberapa ketika semasa ketiadaan FB aku rasa bosan. Ye lah, kawan aku semua jauh jauh, nak melepak melepet pun susah.
Aku rasa macam ketinggalan. Banyak meme yang aku tak tahu, apa jadi kat dunia pun bila dah selesai baru lah aku dapat cerita.
Aku ni bukan jenis nak tercongok depan tv. Bukan jenis baca surat khabar hari hari. Memuakkan.
Pendek cerita aku tak mampu takde FB. hahha.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan