Rasa macam nak menangis tapi air mata malu nak keluar. Ego punya pasal.
Oh ego, tolong jangan seksa aku macam ni boleh tak. Tolonglah bagi aku satu masa yang aku boleh menangis sepuas hati, jadi nanti aku rasa lega. Sekarang ni hati aku terseksa, mata aku penat, fikiran aku runsing. Semuanya sebab kau ego.
Oh ego, boleh tak sekali ini sahaja kau rendahkan diri kau. Untuk sekejap sahaja. Dalam satu jam pun cukup. Supaya nanti bila aku dah lepaskan segala yang terpendam, baru diri aku rasa ringan. Sekarang rasa berat sangat.
Ego, aku pun bingung nak fikir macamana aku boleh cipta dan bina kau dalam diri aku. Sejak bila pun aku tak sedar. Aku akui yang kau buat diri aku dapat berdiri lebih tinggi, lebih tegak. tapi kau dah melampau sangat sampai kau dah lindung naif.
Naif, aku rindu pada kau. Ego, tolong bagi aku naif sekejap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan