Ya mungkin ramai yang akan terkilan/kecewa/marah seandainya mereka tahu apakah keadaan sebenar dan status hidup aku sekarang ini. Cuma tiada sesiapa yang boleh dipersalahkan dalam apa jua keadaan. Jangan tuding pada Tuhan, bukan salah ibubapa, keluarga bukan faktor utama, DIRI SENDIRI yang sentiasa membuat keputusan.
Jadi biarlah apa yang orang kata. Biarlah orang persoalkan pilihan dan arah tuju hidup aku sekarang ini. Jujurnya aku sendiri tidak tahu kemana perahu hidup aku akan belayar. Aku masih keliru, terumbang ambing dengan pilihan hidup yang begitu meluas ini. Pilihan yang bukan semudah pilih makanan segera, bila dah pilih, kenyang tak kira apa menunya. Pilihan hidup memberi implikasi sepanjang hidup, bukan mudah nak buat semula.
Aku tak berapa layak nak menasihat, tapi satu perkara disini, kalau anda, kamu, engkau, kitak dan mereka mereka yang sudi membaca ini, bila anda ingin membuat keputusan, fikirlah sedalam dalamnya. Fikirkan apa yang akan terjadi selepas anda mengambil keputusan tersebut, jangan pandang keadaan hidup selepas 5 bulan keputusan diambil, lihat lebih jauh lagi. Kalu boleh tenung sampai usia korang 5 atau 10 atau 58 tahun seterusnya.
Aku ingatkan semula tentang membuat keputusan ;
Bukan nak tunjuk pandai, cuma memberi nasihat dari pengalaman.
- Tiada siapa yang harus dipersalahkan. Kamu, diri kamu yang membuat keputusan hidup kamu sendiri.
- Ambil segala maklumat yang berkaitan dengan keputusan itu. Jangan harapkan orang yang beri, usaha cari sendiri untuk dapatkan.
- Fikirkan impak keputusan itu dalam hidup kamu, untuk jangka masa pendek dan jangkamasa panjang.
- JANGAN menyesal seandainya keputusan yang telah kamu buat dan muktamadkan itu tidak berbaloi, tidak menjadi seperti yang diharapkan. Ambil pengajaran dari apa yang terjadi. Belajar untuk tengok kain yang koyak hapak sebagai satu harta karun.
2 ulasan:
sebelum keputusan kita ada choices. :)
Ya, dan membuat pilihan yang tepat itu sangat dilema oh.
Catat Ulasan