Selasa, 27 September 2011

LULUH

Aku dalam dilema yang tak berkesudahan.

Terbentuknya diri aku sekarang ini hasil daripada proses mengejar impian. Impian hidup aku yang membentuk aku. Impian aku adalah Maksud diri aku.

Cara pakai aku. Gaya hidup aku. Pembelajaran aku. Kononnya demi impian. Hampeh.

Beberapa hari yang lepas baru aku sembang pasal menjadi realistik. Masa itu lah baru aku tersentak, aku kene berhenti hidup dalam bayang angan angan. Aku kene terima hakikat sebenar.

Selamat tinggal impian hidup. Jangan risau, aku akan simpan sedikit dalam hati.

Isnin, 26 September 2011

LAMUN

Kontrak kerja aku tamat. Tidak aku pilih untuk sambung. Worthless.


Selama 6 bulan yang lepas aku jadi macam zombie. Hidup untuk bekerja. Bekerja untuk duit. Duit untuk menampung hidup. Tiada masa untuk aku. Tiada aku.


Aku ambil keputusan untuk tidak berbuat apa apa untuk seminggu. Tempoh seminggu itu sudah tamat. Tidak aku pilih untuk sambung juga.

Keputusan yang aku rasa sangat tepat. Satu minggu yang aku ambil rasa macam sebulan, mungkin lebih. Aku buat keputusan atas dasar mementingkan diri sendiri.

Tidur selagi boleh. Bangun hanya bila aku mahu. Makan di rumah. Bergelak ketawa dengan mama. Semua perkara yang aku rindu.

Aku banyak habiskan masa untuk berfikir. Berfikir apa yang aku mahu, dan apa yang aku perlu dalam hidup sekarang. Hasilnya apa yang dimahukan dan diperlukan adalah bertentangan.

Entahlah. Aku pun tak tahu apa lagi yang patut aku buat.

SEMINGGU

Seminggu.
Aku sudah seminggu menganggur.
Pilihan aku sendiri.

Seminggu.
Aku berfikir.
Tentang aku.
Tentang keluarga.
Tentang hidup.