Khamis, 24 Mac 2011

BYE BYE BEAUTIFUL

Aku pernah berdikari, Aku pernah hidup sendiri. Aku buat semua keputusan atas diri sendiri. Aku rasa yang aku hidup, benar benar hidup.

Itu semua bertahun yang lepas.

Sekarang aku dah bukan lagi orang yang sama. Aku tak sekuat dulu. Segala apa perkara aku berharap pada orang. Aku jadi manja, aku jadi lemah. Aku jadi orang yang aku tak suka. Perubahan diri yang tak pernah aku sangka.

Setiap perbuatan ada kesannya, dan sekarang aku hidup atas kesan kesan perbuatan aku. Aku sudah tiada apa. Apa yang tinggal hanya 'my life foundation'. Benda ni yang buat aku untuk terus bertahan, terus hidup.

Beberapa tahun lalu ada 'fortune-teller' nasihatkan aku ;

" Hidup bukan satu masalah untuk kamu, belajar kamu akan bagus, hidup kamu akan mudah. Tapi, masa tengah belajar akan datang satu perkara. Perkara ini kalau kamu ikut memang akan mengganggu perjalanan hidup kamu. Jangan ikut perkara ini, nama dia cinta "

yada yada yada, masa berlalu dan aku pun lupa dengan nasihat ini. Sampai sekarang, beberapa kali aku jatuh cinta dan setiap kali ianya berlaku, hidup aku akan berubah secara drastik. Sangat sangat drastik.  

Arggh! aku rasa macam nak jerit sekuat hati! Aku rasa macam nak melompat, macam nak moshing sampai kaki aku tak larat.




p/s; tajuk catatan ini adalah tajuk lagu; Bye Bye Beautiful oleh Nightwish. Aku rasa lagu ni macam tuju tepat kat keadaan aku sekarang ni.

Khamis, 17 Mac 2011

FBS #3

If abortion is murder then masturbation is genocide and using condoms is kidnapping :B


by; ANNAS EASKEY

Selasa, 15 Mac 2011

FB TUTUP KEDAI

angin bawa cerita, khabarnya FB akan tutup 15hb mac. hmm.
( google )

eh jap hari ni dah berapa haribulan ? belek belek handphone* oh dah 16hb lah. Hmm...


Nampak dah kan. Harituh bukan main ramai ramai main forward msg kata FB nak tutup bagai. Satu je aku nak cakap, MENGARUT !

Tak pernah lah aku percaya apa benda pun yang orang forward kat aku, yeah aku ini skeptikal. Ntahlah, aku rasa macam bodoh kot nak percaya benda benda macam ni. Bukan pasal FB nak tutup ni sahaja, macam macam lagi, pasal agama lagilah macam macam ( ini nanti lain post ) , pasal freemason lah. Tak pelu aku nak senaraikan lah, korang semua mesti ada dapat kan.

Ini semua adalah HOAX. Maaf, malas nak cari perkataan melayu dia. Maksud hoax ialah untuk cara penipuan supaya menerima perkara yang salah sebagai betul dan selalunya ia bertentangan daripada yang asli, sebab dan common sense.

Gila ke Mark Zuckerberg  nak tutup FB. it worth billions and billions of dollar weyh ! Kalau dia tutup memang macam bakar duit lah. Nilai FB sekarang ni $82.9 billion kau! maklumat dari sini .

( deviantart; TOLGACELIKEL ) 

Apa lagi yang korang rasa hoax ?


BUNTU

Dah lama tak online secara gigih. Broadband tak ada. Laptop sendiri baru pegang lepas 3 bulan tak ketemu.
penyelesaian, McDonald. hasilnya, hampeh lahanat lembab. -_-"

( deviantart; NOREFJELL )

dayyum, buntu terus nak update apa yang ada dalam fikiran nih.