Rabu, 16 Februari 2011

KEPUTUSAN

Setelah online selama hampir satu hari suntuk, aku mula terfikir apa yang aku terlepas selama ini. Segala peluang peluang yang aku lepaskan. Segala potensi diri yang tak dapat aku buktikan. haih.

Ya mungkin ramai yang akan terkilan/kecewa/marah seandainya mereka tahu apakah keadaan sebenar dan status hidup aku sekarang ini. Cuma tiada sesiapa yang boleh dipersalahkan dalam apa jua keadaan. Jangan tuding pada Tuhan, bukan salah ibubapa, keluarga bukan faktor utama, DIRI SENDIRI yang sentiasa membuat keputusan.

Jadi biarlah apa yang orang kata. Biarlah orang persoalkan pilihan dan arah tuju hidup aku sekarang ini. Jujurnya aku sendiri tidak tahu kemana perahu hidup aku akan belayar. Aku masih keliru, terumbang ambing dengan pilihan hidup yang begitu meluas ini. Pilihan yang bukan semudah pilih makanan segera, bila dah pilih, kenyang tak kira apa menunya. Pilihan hidup memberi implikasi sepanjang hidup, bukan mudah nak buat semula.

Aku tak berapa layak nak menasihat, tapi satu perkara disini, kalau anda, kamu, engkau, kitak dan mereka mereka yang sudi membaca ini, bila anda ingin membuat keputusan, fikirlah sedalam dalamnya. Fikirkan apa yang akan terjadi selepas anda mengambil keputusan tersebut, jangan pandang keadaan hidup selepas 5 bulan keputusan diambil, lihat lebih jauh lagi. Kalu boleh tenung sampai usia korang 5 atau 10 atau 58 tahun seterusnya.

Aku ingatkan semula tentang membuat keputusan ;

  1. Tiada siapa yang harus dipersalahkan. Kamu, diri kamu yang membuat keputusan hidup kamu sendiri.
  2. Ambil segala maklumat yang berkaitan dengan keputusan itu. Jangan harapkan orang yang beri, usaha cari sendiri untuk dapatkan.
  3. Fikirkan impak keputusan itu dalam hidup kamu, untuk jangka masa pendek dan jangkamasa panjang.
  4. JANGAN menyesal seandainya keputusan yang telah kamu buat dan muktamadkan itu tidak berbaloi, tidak menjadi seperti yang diharapkan. Ambil pengajaran dari apa yang terjadi. Belajar untuk tengok kain yang koyak hapak sebagai satu harta karun.
 Bukan nak tunjuk pandai, cuma memberi nasihat dari pengalaman.

BARANG SAYA MAHU



Saya mahukan fixie. yeah ! Siapa yang tak tahu apa ini saya jelaskan sikit. Sikit saja okeh.


Fixie, nama penuh fixed gear bicycle. Satu kenderaan beroda dua. Sesuai untuk semua peringkat umur. Kegunaan adalah sebagai kenderaan secara amnya, sebagai alat senaman dan juga *ehem* untuk menarik perhatian rakan rakan. Oh yang terakhir tuh bukan kegunaan yang saya mahukan. Itu kehendak orang lain.

Menarik perhatian saya dengan tubuh ramping yang ringkas lagi berwarna terang yang menginzalkan.

antara yang menarik ;



penafian ; semua gambar ini saya google. harap maklum.

AZAM

Asal masuk tahun baru semua orang nak umum azam masing masing.

yang gemuk nak kurus, yang kurus nak gemuk. nak jadi kaya, nak jadi baik dan yadayadayada.
Memanglah azam itu macam satu motivasi untuk tahun tersebut katanya. Tapi serius aku tak pernah tgk/kenal siapa siapa yang capai azam dia lah. Bukan nak kasi jatuh sama orang tapi serius, ada ke orang yang mencapai azam dia ?

Semua orang ada FB kan. Masa ambang tahun baru semua orang mesti ada tulis pasal azam kan. Semua nak tulis pasal azam tahun baru. Tapi sumpah aku tak pernah nampak siapa siapa yang tulis/taip/cerita pasal azam tahun lepas yang tercapai. 

Okeh, aku memang tak pernah berazam. itu je nak cerita.

Isnin, 14 Februari 2011

UCAPAN

"SELAMAT MENYAMBUT VALENTINE,para kafir" 
 

Rabu, 2 Februari 2011

FBS #2

Being 'sexayy' does not make you beautiful.


by; FARAHIN ABDUL RAFICK