Sabtu, 29 Januari 2011

SERABUT

Menangis terang terang orang kata huduh, pondan, jiwa kaca bagai.

Tapi hati aku memang menangis sekarang ni. sekarang ni semuanya serabut. Sekarang hampir semua orang tahu yang aku dah berhenti belajar. Aku ulang, hampir semua, bukan semua. 

Kawan - kawan dan keluarga rapat aku memang dah almaklum perkara berhenti belajar nih. Sekarang nih keluarga aku kira jenis rapat dengan saudara, makcik, pakcik. dan semua saudara, makcik, dan pakcik aku masih belum tahu yang aku sudah berhenti belajar. Aku dan mama memang dah komplot tak perlu bagitahu, tak perlu nak heboh.

Tapi cuti raya cina dah dekat. Aku sah sah tak boleh balik rumah sebab masa ni lah semua kaum kerabat nak berkumpul bagai. Paling aku tak boleh nak tipu sebab rambut aku dah panjang. Apa kejadahnya pelajar uitm rambut panjang? sheet!

So semua orang yang bercuti dengan keluarga, aku sangat jeles dengan kamu semua. Sumapah aku sangat jeles. Aku nak berkumpul balik dengan keluarga, makcik, pakcik, saudara kaum kerabat semua tapi nanti pecah lubang yang aku dah tak belajar. fuck lha!

Aku rindu gelak tawa keluarga . :(

Jumaat, 28 Januari 2011

FBS #1

Before sex you help each other get naked, after sex you only dress yourself. Moral of the story: in life no one helps you once you're fucked. ( aiman shariff,2011)


by ; AZMIR MALEK

FAVORITE FACEBOOK STATUS / FBS

from now on i'll be posting facebook status of my facebook friends, along with their name. ;p

p/s : owner of statuses, if u don't want to be appeared publicly, please msg me. tq.

Rabu, 19 Januari 2011

JUDGMENTAL

Masa sekolah cikgu ajar supaya jangan menghakimi orang. 'Don't judge a book by it cover' kata cikgu. Masuk kelas agama ustaz nasihat supaya 'bersangka baik' dengan setiap perkara. Dua-dua perkara yang berbeza.

Apa yang cikgu ajar ialah supaya jangan cepat menghakimi orang. ada dua jenis, baik dan buruk. Kau nampak perempuan lepak dengan mamat mamat rempit, kau panggil bohsia. Kau dapat berita yang kawan masa sekolah tiba tiba kene kahwin, kau anggap diorang kene tangkap basah. cheet!

situasi 1.
Ada tiga orang kawan.  Joyah, Ghaffar dan Senah. Satu hari tersebar berita Ghaffar hidap AIDS. Joyah pun cerita dengan Senah,  " Senah, kau tau si Ghaffar tuh ada AIDS ?  harap muka je hemsem tapi berpenyakit. Sah sah kuat main perempuan jalanan. Nasib baiklah aku tak jatuh hati lagi. Kalau tak naya aku. "

" Tak baik lah Joyah. Kau ni suka suka main tuduh. Kau ada bukti yang Ghaffar tuh betul betul kene AIDS? ntah ntah kene gigit ngan AEDES je, mana lah kau tahu. Kau ni JUDMENTAL betul lah!" jawab si Senah.

Oke babak tamat. sini terang terang nampak betapa judmentalnya Joyah. setuju ?
Tapi bukankah bila si Senah cakap Joyah judmental menunjukkan Senah juga seorang judmentalis ? setuju?

Hah!! sini kalau kau setuju dengan soalan pertama ataupun soalan kedua maka kau pun seorang yang kuat menghakim. kalau kau tak bersetuju pun kau seorang judmentalis juga. kenapa? sebab kau masih meletakkan hukum pada watak itu mengatakan dia bukan judmental. enuff, aku dah pening.

Perkara pokok di sini ialah manusia memang suka beri pendapat, dan pendapat itu sama ada baik atau buruk dasarnya masih suatu perbuatan menghukum. Jadi memang setiap dan semua manusia seorang judmental.

dah cukup. sebenarnya aku nak tulis benda lain tapi aku dah makin merapu. Kalau faham post ni, terima kasih.

lain kali aku taip lagi. Aku seorang judmentalis. haihh takpe. Kau pun sama. :)

Ahad, 16 Januari 2011

KAWAN

kawan gambarkan diri kita?
mungkin ya mungkin tidak.


aku memang dari dulu bukan hidup bawah prinsip ini.


aku berkawan dengan ramai orang.
dan juga orang yang mungkin lebih kepada bukan orang.
orang yang dari pandangan orang lain ta patut menjadi orang
dan juga orang yang kononnya penuh dengan kehidupan yang diimpikan orang orang lain.
enuff. aku makin berbelit di sini.


bukan ingin berbangga diri disini.
bukan nak menyatakan pada satu dunia (paling tidak pun satu malaysia) bahawa aku ini sosialis terlampau.
tapi ya, memang benar, aku kenal pelbagai orang yang mewarna warnikan hidup aku.


aku kenal golongan jalanan,
aku kenal golongan pelacur,
aku kenal golongan songsang; pengkid, lesbian, pondan, gay.
aku kenal para para hooligan,
aku kenal hipsters
aku kenal ulat-ulat buku,
aku kenal anak- anak soleh.
hendak aku senaraikan semua ini, mungkin kamu akan muntah.


jangan persoalkan macammana aku kenal mereka semua ini.
tapi kalau ikut prinsip " kawan cermin diri sendiri"
tidak mungkin aku mampu menjadi semua itu.
atau mungkin semua itu merupakan cebisan cebisan rintihan dalaman diri aku? mungkin.


yang pastinya aku gembira kenal akan semua orang orang ini.
aku suka setiap dari mereka.
sebab aku suka orang yang menyuarakan isi hati, hidup mereka lebih bercorak dan penuh pengalaman.
berbanding orang yang kain hidupnya, klise, bosan.
hidupnya sangat bosan, belajar, SPM, Diploma etc etc, kawen, anak, dan seterusnya.
klise, jalan selamat untuk hidup.


aku rasa hidup kene ambil risiko. baru kita kenal akan perkara yang tak terjangka.

Sabtu, 15 Januari 2011

BELAJAR DAN BEKERJA

Sekarang ni aku sudah bekerja. Yes, BEKERJA ! Bukan lagi ada masa untuk ponteng ponteng. Bukan lagi masa untuk malas malas.  Siapa yang dah tahu apa pekerjaan aku diam diam sahaja okeh. Aku dah malas nak jawab lagi.


Dan ya aku dah berhenti belajar dan aku dah MALAS nak jelaskan kenapa. Oleh itu, siapa siapa yang nak tau sangat, aku minta maaf. Cuma aku minta supaya semua kawan kawan faham yang sekarang ni aku bekerja, bukan belajar. Terima kasih.


Aku rasakan kerja aku sekarang ni antara dua sahaja, hari yang BAGUS atau hari yang RASAMACAMNAKMATIGILABABI. kenapa macam itu nanti aku ceritakan. (:

PINDAH RANDAH

Ini sudah kali keberapa aku berpindah blog pun aku tak pasti.

Kau pernah tak rasa, bila kau dah buat satu benda tuh kan, dah siap dah semua. Habis. Lengkap. Tapi dalam hati kau masih ada perasaan macam ada yang tak cukup dengan benda yang dah siap tuh. Kalau engkau ada perasaan macam itu, maka kita geng lah.

Inilah apa yang aku rasa. Jadi aku pun berpindah lagi ke blog yang baru. Aku ingat nak tukar seratus peratus tapi aku cukup sayang ngan tajuk dan URL aku. Aku dah cuba nama nama lain. semuanya buat aku rasa jijik. Tahi sungguh!

Oleh itu selamat datang ke blog baru aku. Posting yang ada di blog lama nanti ikut masa aku pindahkan ke blog baru okeh.

aman, tiada perang !

HIDUP, FALSAFAH dan PRINSIP

itulah maksud blog ini.